Lahirnya insan disambut dengan AZAN,manakala perginya.... diiringi dengan SOLAT,Alangkah singkatnya hidup ini jika jaraknya cuma antara AZAN dan SOLAT....Perkataan yang tercantik ialah ALLAH.Kamus yang terbaik ialah AL-QURAN.Lagu yang terbaik ialah AZAN,Senaman yang terbaik ialah SOLAT,Benda yang paling berharga ialah IMAN. Airmata kerana kekasih adalah PENYESALAN,Airmata kerana sahabat adalah PENGORBANAN,Airmata kerana ibubapa adalah PENGHORMATAN dan airmata kerana ALLah adalah KEHAMBAAN.
Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
....PENTING ! Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se- iman !!! Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya. Waspadalah terhadap website di bawah ini 1.www.answering-islam.org 2.www.aboutislam.com 3.www.thequran.com 4.www.allahassurance.com laman-laman tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara...Tegakkanla agama kita.
.::UNIC- Insan Bernama Kekasih::.
Debar hatiku membisik rindu Ingin aku katakan kau gadis idaman Adakah mungkin kau ku miliki Untuk aku jadikan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman Bersulamkan keindahan santun perkataan Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan Mengusir segala resah di jiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra Dan merisik khabar berita Masihkah ada peluang Untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba Mendengar khabaran darinya Padaku kau memendam rasa
Pada Mu Oh Tuhan Ku memohon keredhaan Nur kasih yang ku damba Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya Moga dipeliharakan tulus cinta kita Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku Menghiasi ruang hatiku Akan ku sambutnya dengan Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan Selagi kasih yang terbina Kerana cinta kepadaNya
Ku sampaikan salam ucapan mesra Dan merisik khabar berita Masihkah ada peluang Untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba Mendengar khabaran darinya Padaku kau memendam rasa
Kau ku sayangi teman sejati Dikaulah sesungguhnya Insan bernama kekasih
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.
Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara: 1. teguh menjaga kehormatan 2. redha menerima apa yang sedikit 3. berbuat kebaikan setiap hari 4. memelihara lidah dari perkataan keji
Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.
Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu.
Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Pesanan kawan....
Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis. Dan selalunya orang yang kita sayang,suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan....
Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkan kepada manusia bersujud kepada manusia lain, aku akan perintahkan para isteri untuk bersujud kepada suami mereka karena besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka." [HR. Tirmidzi
Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan, gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan." -Kata2 hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah..